About Me

3:55 PM Rahayu 0 Comments

Hi semua.

Saya Ayu Rashid. Saya berumur 39 tahun, seorang isteri dan mempunyai 3 orang cahayamata. Saya adalah seorang working at home mother yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.IT Hons) Majoring in Business Information Systems (BIS) dari Multimedia University, Malacca Campus.


Telah 8 tahun saya bekerja dari rumah (berniaga online, blogging, mengambil upah menulisa dan buat blog). Sebelum ini, saya adalah seorang Penolong Pendaftar di Universiti Selangor (UNISEL) di Unisel Research Management Centre (RMC) dan Fakulti Bioteknologi dan Sains Hayat. Saya berkhidmat di universiti ini selama 5 tahun 10 bulan. Setelah itu, saya mengambil keputusan untuk menjadi working at home mother.


Saya mempunyai pengalaman dalam blogging, menulis untuk blog sendiri dan juga sebagai Ghostwriter (freelance).

Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman dan sedikit kemahiran dalam blogging dan membuat design blog. Design blog yang saya buat adalah yang ringkas sahaja. Template blog yang saya gunakan adalah daripada Blogger Template, dan ada juga yang saya beli secara Online (bergantung kepada permintaan dan bajet daripada customer).

Saya tidak menjanjikan design blog yang wowww, tapi saya boleh bantu anda untuk bermula sebagai blogger. Berdasarkan pengalaman saya buat design sendiri menggunakan blogger template yang ringkas dan mudah di-edit sendiri, ia adalah langkah awal yang terbaik untuk berblog. 

Jika kita gunakan template yang susah untuk di-edit, dengan kata lain kita perlukan pengetahuan, kepakaran dan kesabaran untuk "tilik" html code untuk edit design atau buat perubahan pada blog, ia adalah sangat mengambil masa, effort dan kita kena upah orang semula untuk re-do. 

Jadi, jika anda inginkan blog yang ringkas,  boleh digunakan untuk tujuan personal, business, hobi, atau untuk apa saja, anda boleh hubungi saya.

No fussy customer please, sebab kadar caj yang saya kenakan adalah sangat berbaloi dan minima. 

RM100 sahaja

- Design blog
- Header
- Gadjet-gadjet penting
- 3 entries untuk memudahkan saya buat design 

Design blog sahaja tanpa header: RM70 sahaja

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Ayu Rashid
019 - 989 8341

You Might Also Like

0 comments: